Blogger si comel my name 'Neirin Effifa' saya bersyukur hidup di dunia ini,kisah saya biarlah hanya saya yang tahu,tak mahu libatkan yang lain.tak minta disuka dan dibenci'

CHURPCHURP

Tuesday, July 17, 2012

SMILE ^__^,,Dalam hati tersimpan kesedihan__cumel

Gambar tu tak ade kena mengena pun tapi saja nak tunjuk peace!! rindu kt blogger ni taw..Neirin ade story morry kat dalam ni,,Neirin sedih sebab Neirin merasa kehilangan orang yang tersayang pada hari sabtu bersamaan 12/5/2012 jam 5:32,time tu kan petang Neirin tengok TV tiba2 phone ibu neirin berdering,ibu Neirin jawap and dapat berita tergempar rupa nya adik ibu NEIRIN meninggal and dia tu juga pakcik kepada Neirin ,,YA ALLAH,Sungguh tak percaya mase tu,,ibu Neirin terus terduduk dan meraung mcm orang gila,,Neirin cuba tenangkan ibu tapi ibu meraung jugak,,time tu terus packing baju and balik kampung..pastuh dengar cerita dari sedara2 rupanya dia meninggal kat tempat bowling 1plaza di Kuala Selangor,time tu arwah nak tunggu siapa juara bowling petang tu sambil arwah menunggu dia sempat message isterinya dalam bentuk pantun..dia send msg mcm ni

  Basuh cadar bujang bersih-bersih,
Jangan sedih-sedih kalau tak
 
ayat msg nya tergantung,time tu lah arwah pergi,,terus dibawa ke hospital tanjung karang,doktor kata nak buat phosmoterm tak tapi atuk tak benarkan sebab tak boleh sakit kn badan arwah,time dah sampai kat kampung kitaorang semua menunggu kehadiran jenazah arwah sebab jenazahnya dimandikan dan dikapankan kat hospital lama jugak lah kitaorang tunggu,,mase Neirin masuk dalam rumah atuk Neirin salam semuanya sedara2 kat situ,,time turn Neirin nak salam Nenek Neirin sebak sangat sampai rase ta boleh lepas tangan nya dan nenek pun cakap kat Neirin "Ajis dah ninggal,,walah anakku dah ninggal" Neirin cuba tenangkan nenek dan Neirin cuma cakap bersabar banyak2.Macam tu jugak bila nak salam atuk,atuk nangis kat depan Neirin,Neirin ta pernah nampak atuk nangis macam tu sekali.dah tenang sikit kitaorang bace surah YASSIN,,tak lama kemudian van jenazah sampai kitaorang terus keluar dan tengok,jenazah nya dimasukkan ke dalam rumah,,time tu isteri nya tak bermaya sambil tangan sebelah memegang kain pelekat arwah suaminya,isterinya yang mengandung lima bulan itu masuk ke rumah dan salam nenek Neirin dan sambil payah nya dia nak berkata"kenapa ni mak,kenapa anak mak pergi tinggalkan Suhana" ..kitaorang kat situ terdiam dan cuma menangis ,,isterinya masuk kerumah dan dia pengsan.kepala NEIRIN time memang dah pening gila,mase pukul 3 pagi isterinya terjaga and dia cakap "nak tidur sebelah abang ajis,nak temankan dia",,time isterinya kat sebelah arwah suaminya dia usap tangan arwah suaminya perlahan-lahan..jam pukul 8pagi,,arwah disembahyangkan dan dibawa ditanah perkuburan,,kami semua ikut,,selepas dikebumikan dan dibacakan doa kita orang semua sedekah kan AL-FATIHAH n jiruskan air mawar,dah selesai semuanya,isterinya tak nak balik dia na duduk situ nak temankan arwah,tapi kita orang paksa secara lembut supaya pulang kerumah dulu..dah bersihkan diri,kitaorng mengisi sedikit buat alas perut,isterinya ta na makan,kitaorang suap dia tak nak bukak mulut.siapa ta sedih bila kita ade orang yang kita sayang pergi meninggal kan kita lagi2makcik Neirin tuh tengah mengandung lima bulan..kiranya arwah pakcik Neirin ni,dulu dia pernah khawin and tapi rumah tangga diorang tak kukuh mana pun akhirnya bercerai,n masa tahun 2011dia dah dapat pengganti dan bahagia bersama suhana iaitu isterinya,arwah baru nak rase kebahagiaan tu tapi sekejap je dan arwah ta sempat pun nak melihat kelahiran ank nya nanti tak lama lagi,,mugkin ni semua ada hikmah disebaliknya,ALLAH sayangkan dia ,,jodoh,maut pertemuan hanya ditangan ALLAH kita manusia hanya mampu merancang,, we all love you pakcik AJIS ^__^  SEMOGA pakcik ditempatkan di kalangan orang yang beriman .....--AL-FATIHAH--
   

No comments:

Post a Comment

Assalammualaikum =)
dah bace entri ? jom la komen sikit !~